Thursday, March 13, 2008

Angkat Sumpah MB Perak Ditangguh :Rakyat Kutuk Kit Siang

Angkat Sumpah MB Perak Ditangguh :Rakyat Kutuk Kit Siang PDF Print E-mail
Posted by Erin
Thursday, 13 March 2008

(GB/tranungkite) - Rakyat seluruh negara hari ini kecewa dan mengutuk keras tindakan Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang sebelum ini memanggil ahli-ahli dewan undangan negeri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk memboikot majlis istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Mohd Nizar Jamaluddin daripada PAS.

Ekoran itu, Sultan Perak telah mengambil keputusan istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS sebagai Menteri Besar Perak yang dijadual berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini telah ditangguhkan.


Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah.

Lim Kit Siang yang biadab lagi celupar itu sekalipun telah menarik balik keputusannya, namun akibat daripada hebahan besar-besaran olewh media arus perdana (cetak dn eletronik) menyebabkan tindakan pemboikotan yang diwarwarkan oleh pemimpin DAP itu telah mendapat liputan meluas sehingga telah menyebabkan keresahan di kalangan rakyat dan juga pihak istana.

Ini bukanlah kali pertama Lim Kit Siang bertindak biadab dan tidak lansung mengindahkan orang Melayu yang berugama Islam yang telah sama-sama berjuang di dalam Barisan Alternaif.

Malah pemerhati politik berpendapat keangkuhan Lim Kit Siang kerana kemenangan besar partinya di dalam pilihanraya umum ke 12 yang baru lalu menyaksikan bahawa beliau telah cuba untuk mempersendakan sentimen malah ada banyak ketikanya mencabar maruah dan kedaulatan sistem beraja khususnya dan seluruh orang Melayu amnya dengan melupakan hakikat bahawa kemenangan besar partinya itu juga adalah sebahagian bsarnya sokongan yang diberikan oleh orang Mealyu yang menyokong PAS dan dari ahli UMNO yang memprotes partinya.

Beliau cuba menjadi jaguh di dalam memperjuangkan hak kaum Cina sedangkan masyarakat kaum Cina sendiri sebenarnya meluat dengan indakan dan sikap Lim Kit Siang yang keterlauan dan emosional itu dan tidak layak untuk menjadi wakil kepada suara kaum Cina di negara ini.

Ini dapat dikesani daripada komentar-komentar yang terdapat di dalam blognya dimana ramai pengunjung blognya itu telah melahirkan kekecewaan yang teramat sangat terhadap tindakan Lim Kit Siang yang dirasakan merupakan ancaman besar terhadap perpaduan yang terjalin di kalangan anggota Barisan Alternatif.

Salah seorang pengunjung blognya pernah menyatakan :

"If DAP starts this internal bickering 3 days after election then I beg you, please let DAP gulung tikar ‘coz it will prove DAP never meant to work with others."

(Jika DAP mula menimbulkan kekecohan dalaman 3 hari selepas pilihanraya, saya ingin menyatakan, sila DAP untuk gulung tikar kerana ia membuktikan DAP tidak mungkin boleh berkejasama dengan orang lain)

"Jelas tindakan Lim Kit Siang itu adalah satu percubaan untuk mewujudkan ketegangan kaum di negara ini dan tentunya seluruh rakyat perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab lagi angkuh Penasihat DAP itu," tegas seorang pemerhati politik di sini.

No comments: