Thursday, March 13, 2008

Sial tanpa bin.....Melayu hilang dunianya





Sial tanpa bin.....Melayu hilang dunianya
Posted by Raja Petra
Thursday, 13 March 2008

Active Image
Perlakuan pimpinan DAP menghina Raja-Raja Melayu bukan kali ini sahaja dilakukan. Karpal Singh sendiri satu ketika dahulu pernah mengambil tindakan lebih kurang sopan menyaman Sultan Selangor. Tapi apakan daya, Melayu mudah lupa.

KAMAL AMIR MENULIS

“Blogger” laman maya “Bigdogbone” mencatatkan posting terbaru berjudul “Kemelut lantikan MB Perak: DAP sudah tunjuk KURANG AJAR! Menurutnya penasihat DAP Lim Kit Siang sudah menunjukan ‘belang sebenar’ (true colours) KURANG AJAR, sebagai pemimpin parti chauvinis

Dengan pengumuman kesemua 18 ADUN DAP akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar (MB) Perak yang dijadualkan berlangsung esok dihadapan DYTM Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar disifatkan olehnya amat biadap serta bukan sikap seorang pemimpin terbilang.

Begitu rungsing dan marah sekali penulis tersebut menyuarakan isi hatinya terhadap tindak tanduk pimpinan DAP teman sebantal PKR dan Pas yang ternyata mimpinya lain-lain.

Persoalannya apakah semua ini telah diteliti, dihalusi serta dirongkai satu persatu sebelum rakyat membuat pilihan musim pilihanraya Sabtu lalu? Pakatan pembangkang yang mencetuskan Barisan Alternatif dimusim gelombang kebangkitan Suara Rakyat Suara Keramat tidak harus dipersalahkan. Rakyat juga jangan sekali-kali diletakkan kesalahan keatas mereka.

Seharusnya semua ini dipikul oleh Abdullah Ahmad Badawi beserta sidang wazir dan menantu kesayangannya Si Kitol @ anak tanpa bin yang mengakibatkan rasional rakyat khususnya umat Melayu tidak lagi mampu memperhitungkan kesan atau akibatnya.

Hari ini Melayu sudah menjadi ibarat pepatah “ ayam terlepas tangan berlumuran najis”. Apakan daya “nasi sudah menjadi bubur”. Malangnya Pak Kadok, ayam menang kampong tergadai merupakan fenomena yang terjelma di musim pilihanraya lalu kesan percaturan politik sempang peranang Abdullah Ahmad Badawi.

Memang benar Hang Tuah ada menyatakan, “Tak kan Melayu hilang di dunia”. Tapi hari ini setelah gelombang kebangkitan Tsunami politik membawa Suara Rakyat kuasa keramat menerjah tanpa mampu ditahan akhirnya kini terjelma situasi “ Melayu kian Hilang Duniannya”.

Kerana itulah satu ketika dahulu berkali-kali saya nyatakan bahawa sebarang kemungkinan yang tercetus akibat dari ledakan kemarahan rakyat, Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh lari dari kebertanggungjawapan ini.

Buku yang saya tulis berjudul “Melayu Hilang Duniannya” serta “ Episod Gelora Melayu” telahpun mengungkapan semua kemungkinan ini. Namun kerana perangai haprak, asyik mengulit bini baru janda anak dua yang tidak diketahui asal usul keturunan oleh Abdullah Ahmad Badawi semua itu tidak sedikitpun dihiraukan olehnya, maka terjadilah situasi sebegini.

Kebiadapan DAP melalui kenyataan pimpinannya Lim Kit Siang memang telah terduga, namun apa mahu di kata lagi? Nasi sudah menjadi bubur!!!

Hairannya Hishamuddin Tun Husien Onn kenapa harus membacul seribu bahasa? Di mana lesapnya keris keramat Lok Tujuh? Masih mahu terus dikucup dan dikucup lagikah? Mungkin enak diulit mimpi indah berselimutkan Sang Saka bangsa.

Setiap yang terjadi hari ini adalah kerana sialnya Melayu memiliki pemimpin bernama Abdullah Ahmad Badawi, petaka mendatang adalah kesan percaturan tempang Si Kitol @ anak tanpa bin @ menantu PM.

Sejarah telah mencatatkan lebih 500 tahun Melayu terjajah menjilat telapak kaki pendatang enak meragut berahi gadis yang dilacurkan oleh penjajah kesan percaturan Mamak Bendahara Mandaliar dan Si Kitol. Maruah bangsa teramat hina jadinya. Kini situasi sedemikian kian menampakkan bayang-bayang kehadirannya disebalik suram bernama demokrasi.

Perlakuan pimpinan DAP menghina Raja-Raja Melayu bukan kali ini sahaja dilakukan. Karpal Singh sendiri satu ketika dahulu pernah mengambil tindakan lebih kurang sopan menyaman Sultan Selangor. Tapi apakan daya, Melayu mudah lupa.

DAP memang sejak dari dulu menentang dan tidak bersedia dengan Dasar Ekonomi Baru. Baginya hak keistimewaan orang-orang Melayu juga perlu dilenyapkan dari perlambagaan. DAP yang merupakan legasi parti PAP Singapura satu ketika dahulu bukanlah kawan yang boleh dibawa pulang kerumah kerana betis yang diberi paha pula menjadi idamannya. Bangsa yang tidak pernah tahu di untung, anak cucu yang tidak tahu berterima kasih, menyembunyikan kebejatan nafsu nafsinya disebalik nama demokrasi… tapi Melayu mudah lupa.

Setiap yang berlaku hari ini adalah kesan kerosakan Abdullah Ahmad Badawi dan Si Kitol @ anak tanpa bin @ Menantu PM yang terlalu tinggi nafsu serakahnya. Kerana itulah sewajarnya Dollah segera turun meninggalkan anjung kuasa Seri Perdana kerana selagi dia masih disitu bersama kerajaan tiga beranaknya selagi itu seluruh untung nasib masadepan bangsa bakal menjadi “Melayu Hilang Duniannya”.

Menurut Big Dog Bone lagi, “Jelas parti chauvinis Cina ini tidak langsung menghormati Perlembagaan Negeri Perak dan Raja Melayu sebagai Ketua Negeri. Malah keangkuhan memboikot perlantikan MB Perak ini umpama ingkar kepada perkenaan baginda Pemangku Sultan Perak yang boleh disifatkan sebagai KURANG AJAR KETERLALUAN!

Sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia ialah Raja Perlembagaan. Sekiranya DAP angkuh dan ingkar untuk menghormati Perlembagaan dan Raja Melayu, maknanya DAP merupakan mereka yang tidak lagi layak menjadi warga Perak, jauh sekali pemimpin politik.

Ini bukan kali pertama DAP menunjukan KURANG AJAR mereka, selepas memenangi Pilihanraya Umum. Selepas memenangi banyak kerusi Pilihanraya Umum 10 Mei 1969, DAP merupakan pengerak utama siri perarakan sekitar Kuala Lumpur yang mencemuh dan menghina orang orang Melayu. Langsung ianya membangkitkan kemarahan dikalangan orang orang Melayu dan berlakulah peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969.

Apakah DAP dan Lim Kit Siang dengan angkuhnya sengaja cuba menjolok sarang tebuan api lagi, kali ini dengan tindakan politik KETERLALUAN dan KURANG AJAR ini? Apa untungnya masyarakat majmuk dan Negara Malaysia sekiranya tindakan KETERLALUAN dan KURANG AJAR ini akan membangkitkan kemarahan dan berulang kejadian yang semua pihak berusaha untuk elakan, hampir 40 tahun ini?

Sebelum ini, anak Kit Siang iaitu Guan Eng yang baru mengangkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang mengumumkan bahawa DEB tidak akan dilaksanakan dinegeri itu. Jelas kesilapan memberikan golongan KURANG AJAR ini kuasa terserlah hanya empat hari selepas menang!

Kebobrokkan politik cukup sempang peranang sebegini tidak perlu lagi diratapkan. Kalaupun kita mampu memberi peringgatakan demi peringatan kepada Lim Kit Siang dan pimpinan DAP, agar tidak terus mencetuskan polimik dan retorik mengadu domaba untuk mengujudkan sengketa kaum, namun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh berlepas tangan menyalahkan rakyat.

Semua yang terjadi adalah terpikul dibahunya bersama sidang wazir termasuk anak tanpa bin @ Si Kitol @ menantu PM. Kesemua mereka adalah berhutang kepada Bangsa Melayu atas aib dan hancurnya maruah bangsa saat ini. Dollah seharusnya segera berundur dari jawatannya dan memulangkan kepada bangsa Melayu untuk membuat perhitungan.

Lagi cepat imam Islam Hadhari yang munafik, pembohong dan kaki temberang ini berundur memudahkan Melayu membuat perhitungannya secara anak jantan. Ingat pepatah wira terbilang. Selagi kaki melangkah pulang tanpa kejayaan tidak akan terjadi. Berpatahkan sayap bertongkatkan paruh, namun ku daki ku daki jua.....fikir-fikirkanlah.

No comments: