Friday, March 14, 2008

Hak-Hak keistimewaan Orang Melayu l

Hak-Hak keistimewaan Orang Melayu

Posted by labisman
Saturday, 15 March 2008

Aku rasa marah bila pemimpin veteran UMNO baru-baru keluarkan kenyataan Melayu yang pangkah DAP tiada semangat kebangsaan.

Paling aku marah bila dia kata siapa lagi akan mempertahankan Hak-Hak keistimewaan Orang Melayu jika UMNO tiada. Mungkin kerana usianya dia sudah lupa yang apa lagi yang ada pada orang Melayu di bawah UMNO. Adakah senarai dibawah ini masih menjadi hak orang Melayu.

1 Biasiswa untuk bumiputera

2 Tanah Rezab Melayu dipelihara

3 MARA hanya untuk Melayu

4 MRSM hanya untuk Melayu

5 Bahasa Melayu dalam Math dan Science

6 Pendidikan percuma untuk orang Melayu

7 Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia.

Cukup setakat yang kutahu..

Mana pemimpin UMNO bila semua di atas dicabuli. Bukankah itu hak-hak orang Melayu selaku Tuan kepada Tanah Melayu yang sudah tiada lagi.Mengapa melenting bila ramai orang Melayu pangkah mereka yang bukan Melayu..sedangkan pemimpin Melayu UMNO sendiri yang menghilangkan hak-hak istimewa orang Melayu satu persatu. Sekarang baru mereka menyalak akan hak-hak orang Melayu. Poooorah..

Lahir aku dalam keluarga Melayu kampung...yang tak merasa kemewahan kota. Hidup ku hanya di kampung. Aku tak rasa apa itu DEB kerna jiwa aku orang kampung yang pernah kerja jauh ke hutan bersama mak dan ayahku untuk mencari sesuap nasi. Mak ayah aku hanya penoreh. Mereka kuat menyokong pemimpin Melayu UMNO kerna pada mereka UMNO buat jalan raya, bagi api dan air. Pemimpin UMNO yang bela nasib bangsa Melayu. Ceh....pemimpin Melayu UMNO...

Mereka juga tak tahu apa itu DEB kerana bila aku kenal tarikh pelaksanaan DEB mak ayah aku tetap juga penoreh getah. Kini pada usia aku seorang putra mak ayah aku tetap penoreh getah...ada ka dasar DEB untuk penoreh getah...mereka pernah persoalkan kerna sedari dulu hidup mereka hanya sebagai penoreh getah....yang menoreh untuk sesuap nasi...

PRU-12 aku cerita pada mereka bahawa masa untuk berubah. Mulanya mereka melenting..tetapi bila aku imbau segalanya..akan kehidupan lalu mereka mula sedar.. akhirnya pada PRU-12 Kedah kelahiran ku jatuh ketangan kerajaan baru... esoknya seperti biasa...aku yang telah lama di kota dan tak ke kebun

diajak untuk ke kebun getah untuk mengutip sekerap seperti yang pernah dilakukan dahulu..yang tak mungkin dirasai oleh KHAIRY, HISHAMUDIN, AZIZ, MUKRIZ dan lain-lain pemimpin muda UMNO....

Selamat tinggal UMNO...


putra_umno

No comments: