Friday, March 14, 2008

Projek mega: Gerakan tidak setuju Umno

Projek mega: Gerakan tidak setuju Umno
Mar 14, 08 5:12pm
Kerajaan persekutuan mesti meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan projek infrastruktur utama di Pulau Pinang demi kebaikan penduduk, termasuk negeri jiran, kata pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Koh berkata projek-projek seperti jambatan kedua Pulau Pinang, Rangkaian Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), monorel dan sistem pengangkutan awam, lapangan terbang dan pembesaran pelabuhan yang dijanjikan kerajaan pusat patut diteruskan.

Dalam kenyataannya hari ini sebagai mengulas gesaan Umno semalam agar membatalkan projek-projek tersebut, Koh juga berkata kejayaan projek-projek itu akan menjadikan Pulau Pinang terus tumbuh sebagai hab bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Oleh itu, Gerakan merayu kepada kerajaan persekutuan agar meneruskan projek berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini.

No comments: