Wednesday, March 19, 2008

Perhimpunan bantah hapus DEB






Perhimpunan bantah hapus DEB
Mar 19, 08 7:17pm

Hampir 1,000 orang menyertai Himpunan Melayu Selangor di Dataran Merdeka Shah Alam petang tadi sebagai membantah cadangan kerajaan campuran pembangkang di Selangor untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

umno selangor shah alam nep protest 190308 03Perhimpunan itu yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus, turut menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor.

Memorandum tersebut diterima oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Ia antara lain meminta menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya jangan mengingkari perintah Sultan Selangor berhubung jawatan timbalan menteri besar.

Memorandum itu juga menggesa supaya bukan Melayu tidak dilantik sebagai timbalan menteri besar manakala komposisi ahli exco hendaklah mengikut nisbah 60 peratus Melayu dan 40 peratus bukan Melayu.

umno selangor shah alam nep protest 190308 02Memorandum itu juga mengecam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang dituduh telah menghina ketuanan Melayu.

Berjalan secara aman

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut yang berjalan secara aman, terdiri daripada ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO) sertai dari parti-parti politik.

Anggota polis kelihatan berkawal di sekitar dataran tersebut sepanjang perhimpunan itu berjalan.

Mereka turut membawa sepanduk yang antara lain berbunyi membantah pemansuhan DEB dan mengecam DAP.

umno selangor shah alam nep protest 190308 01Perhimpunan itu juga dipenuhi dengan ucapan yang membantah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan DEB.

Ia bermula kira-kira jam 3 petang dan orang ramai bersurai kira-kira setengah jam kemudian kerana hujan turun.

Mereka turut melaungkan slogan Hidup Melayu dan Daulat Tuanku berharap Sultan Selangor diberikan kekuatan untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu di Selangor.

No comments: