Saturday, April 12, 2008

Benarkah PAS sudah ubah matlamatnya?

Benarkah PAS sudah ubah matlamatnya?
Norman Fernandez | Jan 14, 08 2:35pm
http://www1.malaysiakini.com/letters/77001

Benarkah penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi isu? Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa PAS tidak berhasrat menubuhkan negara Islam. Malahan mengikut Anwar, PAS - dalam tiga tahun kebelakangan ini - tidak bercakap ataupun membangkitkan isu ini lagi.

Kenyataan Anwar adalah reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP hanya bersedia bekerjasama dengan PKR sekiranya parti itu memisahkan diri dari PAS.

Rakyat umum masih ingat bahawa PAS, PKR dan DAP pernah suatu masa dahulu menganggotai pakatan Barisan Alternatif (BA). Namun, pengundi, khususnya pengundi Cina, tidak menyokong tindakan DAP bekerjasama dengan PAS.

Ini jelas terbukti apabila dalam pilihanraya umum 1999, isu penubuhan negara Islam yang diwarwarkan oleh PAS dikatakan penyumbang kepada kemerosotan undi dan kekalahan kerusi DAP di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada tahun 2001, DAP keluar dari BA kerana tidak lagi sehaluan dan sependapat dengan matlamat PAS. Peristiwa 911 di Amerika Syarikat dan pengisytiharan unilateral Malaysia sebagai negara Islam oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempercepatkan lagi keputusan DAP untuk keluar dari BA.

Dalam pilihanraya umum 2004, giliran PAS pula untuk melihat kemerosotan undi dan kerusi-kerusi di Parlimen dan DUN. Jika pada 1999, PAS boleh menawan Terengganu, tetapi dalam pilihanraya umum 2004 lain pula musibah yang melanda PAS. Rakyat Terengganu kembali memberi mandat memerintah kepada Barisan Nasional (BN). Di Kedah dan Kelantan, PAS hilang kerusi kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 1999.

Pilihanraya 1999 dan 2004 menunjukkan bahawa masyarakat bukan Melayu masih belum bersedia dan enggan berkompromi mengenai isu negara Islam. Ekoran peristiwa DAP keluar daripada BA dan juga kemerosotan undi dan prestasi PAS dalam pilihanraya 2004, mula dilihat PAS melembutkan isu negara Islam. PAS tidak lagi cuba menonjolkan dan mendepankan isu negara Islam.

Anwar, PKR dan PAS tahu betapa pentingnya undi pengundi Cina, memandangkan ambang pilihanraya sudahpun kelihatan. Kemelut politik negara pada masa ini juga sekali lagi memberi peluang untuk PAS mengulangi kegemilangan 1999.

Pengundi pengundi Cina sekali lagi akan menjadi penentu. Tambahan pula, dengan pengundi-pengundi India, ada kemungkinan ketidakpuasan masyarakat India mungkin ditunjukkan melalui peti undi. Dalam keadaan sedemikian dan lebih-lebih lagi untuk memikat pengundi Cina, PAS nampaknya tidak lagi mendepankan matlamat sebenar PAS. Cita-cita dan niat sebenar PAS kini tersirat dan terpendam.

Sebenarnya, tidak apa yang salah berpegang teguh pada cita-cita dan matlamat. Sekurang kurangnya PAS jujur dan ikhlas dengan niat dan matlamatnya. Tetapi realiti politik negara adalah berbeza. Negara Islam masih tidak boleh diterima orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Kembali kepada isu pokok, persoalannya ialah, benarkah kenyataan Anwar bahawa penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi matlamat utama bagi PAS.

Saya percaya kenyataan Anwar adalah tidak benar. Penubuhan negara Islam tetap menjadi dasar dan matlamat PAS. Melayari lamanweb Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, jelas membuktikan bahawa PAS masih belum berganjak dari matlamatnya.

Dalam laman web tersebut, terpapar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Aziz bahawa “PAS sebagai pembangkang adalah sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar Perlembagaan dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, PAS tidak akan menentang. Sebaliknya, PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan perlembagaan negara”.

Ini adalah kenyataan paling jelas bahawa matlamat PAS tetap sama dan belum berubah. Jika ini tidak cukup bukti, Harakah edisi 15 Disember 2007 dengan nyata dan terang menyatakan cita-cita PAS, iaitu “menegakkan negara Islam”.

Dalam keadaan sedemikian, pengundi bukan Melayu dan khususnya pengundi Cina sudah tentu akan was-was untuk memberi sokongan kepada PKR yang jelas terjerat di antara menonjolkan identiti multi-kulturisme dan sekularismenya, tetapi juga menjalin perhubungan dengan PAS kerana survival nasibnya banyak bergantung kepada PAS.

Juga, bagi orang bukan Melayu, kenyataan terbuka Tuan Guru juga membayangi suatu keadaan di mana undi dan sokongan bukan Melayu, jika diamanahkan kepada PAS, dalam sekelip mata, boleh dikorbankan jika timbul kesempatan yang memberi peluang untuk PAS mencapai matlamatnya.

Malahan hari ini ramai terkejut dengan pengakuan PAS bahawa PAS dan Umno kebelakangan ini sering mengadakan perjumpaan membincangkan isu berkaitan Melayu dan Islam.

Justeru itu, walaupun isu negara Islam menjadi duri dalam daging untuk PKR, suka atau tidak suka, PKR terpaksa reda dan akur dengan tindak-tanduk dan matlamat PAS. Paling kurang dengan tidak menyatakan penentangan terhadap matlamat PAS secara terbuka.

PKR dan PAS perlu memperakui realiti Malaysia. Empat puluh peratus rakyat Malaysia adalah rakyat bukan Melayu dan bukan Islam. Oleh yang demikian, biarpun diyakini janji setinggi langit, orang bukan Melayu dan bukan Islam tetap tidak sama sekali akan menyokong, mahupun sanggup menerima matlamat PAS.

Selagi PAS enggan menerima realiti negara ini dan selagi hakikat ini tidak diambil kira, PAS dan PKR akan lemas dalam impian yang tidak tercapai.

Saturday, March 22, 2008

Ketegangan BN-istana isu MB T'ganu



Ketegangan BN-istana isu MB T'ganu

Fathi Aris Omar | Mar 22, 08 9:09pm, Malaysiakini.

analisis Jika majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana - sekali gus melanjutkan krisis sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.

Hari ini, selepas keadaan tidak pasti selama 14 hari tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis angkat sumpah dijadual pagi esok di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Namun 23 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan secara terbuka untuk memulaukan majlis tersebut.

Usaha ini kelihatan sudah dirancang lebih awal apabila sumber-sumber Umno negeri memberitahu Malaysiakini kelmarin, Idris yang juga pengerusi BN negeri meminta semua Adun - kecuali Ahmad - menurunkan tandatangan sokongan kepadanya.

Sumber itu juga tidak senang apabila Idris membuat kenyataan menyeru rakyat Terengganu agar bertenang sementara menunggu menteri besar baru dilantik.

Idris seolah-olah memberi gambaran rakyat masih bersamanya, kata sumber itu lagi.

Sumber-sumber Umno itu bimbang penduduk akan memandang serong kepada Umno dan membawa kesan politik yang negatif apabila parti itu dilihat cuba menentang istana.

Hari ini, sebelum sidang media Rosol, wakil-wakil rakyat BN bertemu Idris di kediaman rasmi menteri besar dan kemudian masing-masing menurunkan tandatangan sekali lagi bagi menyokong Idris untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) jam 9 pagi esok.

Tandatangan sokongan tadi kali ketiga dikeluarkan sejak krisis ini - satu kempen tandatangan sokongan wakil-wakil BN kepada Idris pernah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertemuan mereka Sabtu lepas.

Kenyataan Rosol, yang dikatakan penyokong setia Idris, petang tadi mengulangi ugutan DAP memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin minggu lepas atas alasan parti itu menolak wakil rakyat PAS sebagai calon jawatan tersebut.

Kenyataan pemulauan tokoh utama DAP Lim Kit Siang itu telah menyebabkan istana Perak menangguhkan majlis itu dan mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan dengan calon menteri besar itu.

Suasana berkonflik di negeri pakatan tiga pembangkang utama itu kini telah selesai, seperti juga krisis pelantikan menteri besar Perlis - perebutan antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan penggantinya Datuk Dr Mat Isa Sabu.

Shahidan, yang terus-menerus mendakwa hingga saat akhir mendapat sokongan Perdana Menteri, tidak hadir di majlis angkat sumpah.

Kedua-dua kebingungan ini selesai dengan Shahidan dilaporkan menerima Isa demi kebaikan Umno dan BN di negeri itu, dan Lim pula memohon maaf kepada istana dan menghadap sendiri Pemangku Raja Perak selepas majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Walaupun berita pelantikan Ahmad tidak begitu mengejutkan tetapi pemulauan majlis angkat sumpah esok benar-benar satu tamparan kepadanya dan sekali gus MPPR.

MPRR minggu lalu gagal mengadakan pertemuan di Putrajaya dengan wakil-wakil BN apabila majlis yang dijadual pada 11 pagi dibatalkan di saat-saat akhir. Dua puluh wakil parti itu kemudian mengadakan perjumpaan dengan Abdullah.

Di Terengganu pula, naik beberapa puluh sepanduk menyatakan sokongan kepada istana. Sepanduk yang memuatkan antaranya perkataan "Daulat Tunku" dan kesediaan rakyat bersama istana itu bagaimanapun diturunkan selepas dua jam kemudian.

Dalam satu kes kelmarin, polis berjaya menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu berhubung pelantikan menteri besar.

Kain rentang itu yang dirampas awal pagi itu antaranya bertulis "Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman" serta "Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri di Belakang DYMM Tuanku".

Semalam ketua polis negeri Datuk Ayub Yaakob pula memberi amaran agar penduduk tidak menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana kerana bimbang ia menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan institusi diraja itu sendiri.

Dalam keadaan tidak pasti itu, Peguam Negara turut mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam isu tersebut.

Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan, Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dilarang terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran negeri kecuali menyentuh kepentingan Islam.

Calon menteri besar bukanlah pilihan baginda, kata Abdul Gani lagi.

Malam ini, selepas melaporkan perkembangan istana telah melantik Ahmad sebagai menteri besar, tiba-tiba sebuah stesen televisyen swasta melaporkan, seorang ahli politik Terengganu kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Siapakah ahli politik Terengganu yang tidak disebutkan namanya dalam laporan TV3 itu tetapi disiasat BPR kerana projek-projek di Kijal?

PKR Youth calls for scrapping of NEP


PKR Youth calls for scrapping of NEP

Posted by Raja Petra
Saturday, 22 March 2008, Mt

Selangor Parti Keadilan Rakyat Youth yesterday said it supported the move to do away with the New Economic Policy (NEP) and replacing it with the Malaysian Economic Agenda (MEA).

PKR youth chief Halimey Abu Bakar said MEA would aid all needy Malaysians, regardless of race and would not jeopardise the special rights of Malays.

"Malay special rights are enshrined in the Federal Constitution as well as PKR's own constitution."

Halimey said the movement would soon be extending an invitation to Umno Youth for an open debate about changing the NEP.

"I would like them to come and debate merits of the old policy instead of airing their grouses through street demonstrations."

However, Halimey said Umno had the right to voice its concerns in a legitimate manner.

Halimey said the Youth wings of PKR, Pas and DAP would soon be issuing a joint statement on the MEA.

Meanwhile, he said the state PKR Youth would work to ensure all promises in the party's manifesto were fulfilled. - NST

Thursday, March 20, 2008

Miba: Give multiracial politics a chance



Miba: Give multiracial politics a chance
Thu, 20/03/2008 - 18:28 — lucid

[via malaysiakini.com]
RK Anand | Mar 20, 08 6:06pm

The Malaysian Indian Business Association (Miba) has appealed to all Malaysians to give multiracial politics a chance to grow in this country.

Its president, P Sivakumar said this brand of politics is beneficial for the country and the economy.

"We live in the age of globalisation. At the end of the day, we are all human beings and citizens of the world," he told Malaysiakini today.

Sivakumar also said it is wrong to claim that the New Economic Policy (NEP) has benefitted all the races.

"NEP did little for the Indians," he said, adding that the community achieved successes due to its own effort.

"Otherwise, why would 30,000 Indians take to the streets despite the police warning that it is an illegal gathering?" he asked in reference to the Nov 25 rally organised by the Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Sivakumar said the abuses, weaknesses and implementation of the NEP were never monitored or debated in the Parliament or mass media.

"For instance, take the Indian community's issues pertaining to rights and equal opportunities in government jobs, education, training and business. These were swept under the carpet," he said.

The Miba president said former premier Dr Mahathir Mohamad had lent credence to this assertion when he stated just before the 12th general election that MIC president S Samy Vellu never raised such issues during his administration.

"However, it will be a total lie to say that Samy Vellu did not raise any issues at all. But the serious and sensitive issues which have been growing over time had been sidelined.

"This drove the Indian community to demonstrate against their faithful friend, Barisan Nasional, and bring about Samy Vellu's defeat in Sungai Siput as well as demanding his resignation as MIC president," he said.

Voted for change

Sivakumar said the electorate had given their verdict on March 8.

"The majority has signalled that multiracial politics is the way forward. So why should some minority groups protest against this. Are they questioning the majority's decision?" he asked.

He urged these groups to take a moment to reflect and visualise how Malaysia should be over the next 20 years or so.

"Do they wish to see a communalism-riddled society without an identity or a beautiful single Malaysian race? "If you love Malaysia, love Malaysians," he said.

Calling on these groups to look at past Umno presidents, Sivakumar said Tun Abdul Razak had introduced the NEP in the 1970s to restructure society and eradicate poverty regardless of race.

"His successor Hussein Onn resigned because he did not want to accept communal politics and Mahathir, a real champion of the Malays, in his final years as Umno president had also advised the Malays to shed the 'crutches' mentality.

"What about the founder of Umno? The venerable Onn Jaffar, who called on Umno, MCA and MIC to form a non-communal party, to unite all races under one roof for the common good of all and to avoid communal bickering and racial tension," he added.

On that note, Sivakumar said there is nothing wrong if PKR de facto leader Anwar Ibrahim comes out with a new affirmative policy to help the poor of all races.

"A policy which protects the interest of the poor from cronyism," he added.

PKR has rejected the NEP in favour of what it calls the Malaysian Economic Agenda (MEA) to help the poor regardless of colour or creed.

However, Anwar has come under fire from Umno over this and protests have been held in the wake of the March 8 polls which saw an additional four states falling into opposition control.

Exco S'gor & Exco Perak angkat sumpah Isnin ini





Exco S'gor angkat sumpah Isnin ini
Mar 20, 08 2:02pm

Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, beliau akan mengumum nama-nama barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah tersebut.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Shah Alam hari ini.

Menurut Bernama, majlis sambutan tersebut dihadiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: "Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya."

Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Para penyokong 12 badan bukan kerajaan telah mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Shah Alam semalam untuk mendesak Khalid supaya tidak melantik timbalan menteri besar.

Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus, meminta Khalid supaya jangan melantik bukan Melayu ke jawatan tersebut serta mengekalkan kuota ahli exco Melayu seperti dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Exco Perak

Manakala barisan exco Perak pula dijangka diumumkan esok dengan majlis angkat sumpah jawatan mungkin diadakan Isnin ini.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata dua timbalan menteri Besar Perak yang akan dipilih dari kalangan 10 barisan Exco yang bakal dilantik, juga akan diumumkan pada hari yang sama.

"Pakatan DAP, PKR dan PAS hampir memuktamadkan senarai berkenaan. Kita hanya perlu memperkemaskan beberapa portfolio lagi yang kita jangka akan selesai pada satu mesyuarat yang akan diadakan lewat hari ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, kepada pemberita.

Katanya satu mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan sebelum ini telah memutuskan PKR diberikan tiga jawatan Exco dan DAP enam dan PAS satu selain jawatan menteri besar yang telah diisi oleh Muhammad Nizar Jamaluddin.

Umno, BN siasat cubaan lompat parti





Umno, BN siasat cubaan lompat parti

Mar 20, 08 5:37pm, Malaysiakini.

Walaupun Perdana Menteri yakin wakil-wakil BN tidak akan melompat kepada parti-parti pembangkang, Umno bagaimanapun akan menyiasat kemungkinan wujudnya usaha berbuat demikian dalam kalangan pemimpin Umno.

tengku adnan mansor 041007Setiausaha agung baru Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya akan menghantar ejen risikan untuk memastikan dakwaan bahawa kini wujud percubaan memujuk ahli-ahli parlimen meninggalkan BN.

"Wakil-wakil rakyat kita sedar bahawa BN dan Umno satu-satunya gabungan dan parti untuk mereka," katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada parti pembangkang agar "jangan jadi bodoh" untuk menghasut wakil-wakil BN melompat parti, lapor laman web Star Online.

Tengku Adnan mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihaknya menyambut baik wakil-wakil rakyat BN yang ingin berpindah parti.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan menyedari usaha memujuk wakil-wakil BN lompat parti dan yakin tiada sebab kerajaan pimpinannya tumbang kerana ia kuat dan mendapat sokongan rakyat.

Sementara agensi berita Bernama melaporkan BN akan mengirim pasukan risikannya ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi untuk .

Memetik kenyataan Tengku Adnan, laporan itu menyebut BN memerlukan maklumat sahih untuk menilai perkembangan mutakhir.

"Maklumat yang diterima setakat ini ada yang sahih dan tidak sahih. Ada kata gini, ada kata gitu," beliau dipetik sebagai berkata.

Usaha menarik wakil BN kepada pembangkang muncul selepas parti itu gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sementara parti-parti pembangkang pula hanya memerlukan 30 kerusi di Dewan Rakyat untuk memerintah dengan majoriti mudah.

BN mendapat 140 kerusi dan pembangkang 82 kerusi parlimen.

lim guan engMengulas isu yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini meminta Perdana Menteri membuat laporan polis jika ada bukti parti pembangkang "membeli" wakil-wakil BN.

Lim berkata, ia harus dilaporkan kepada polis kerana "membeli" wakil rakyat satu kesalahan di sisi undang-undang dan dianggap rasuah.

"Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri itu.

Lim menafikan DAP terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

Beberapa hari lalu, Anwar menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah wakil BN yang berhasrat berpindah parti.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.

anwar ibrahimBekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.

MP Serian keluar BN, sertai PKR?




MP Serian keluar BN, sertai PKR?

Tony Thien | Mar 20, 08 5:18pm, Malaysiakini.

Ahli parlimen Serian, Richard Riot telah keluar dari Supp - parti komponen Barisan Nasional (BN) - bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat pusat.

richard riot 200308Richard, seorang Bidayuh, telah menjadi ahli parlimen Serian selama lima penggal. Beliau menang kerusi Serian sebagai calon bebas pada 1990 dan menyertai Supp untuk mengekalkan kerusinya sebagai ahli parlimen BN kerana Serian merupakan kerusi tradisi Supp.

Richard menyerahkan surat keluar parti kepada Presiden Supp, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Seorang ahli veteran parti itu, yang bertindak sebagai jurucakap ahli parlimen Serian itu, mengesahkan kepada Malaysiakini desas-desus bahawa Richard telah keluar parti bersama ramai penyokongnya dari lima cawangan Supp kawasan tersebut.

Setiap cawangan mempunyai lebih 1,000 ahli.

Jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya disebut berkata, selepas surat itu diserahkan kepada Chan, presiden Supp itu menghantar setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard.

"Tetapi Richard tidak dapat ditemui," tambahnya.

Menurut jurucakap itu lagi, ramai ahli Supp di Serian, sebahagian besarnya suku kaum Bidayuh, telah memulangkan kad keahlian mereka dan menghantarnya dalam sebuah beg kepada presiden parti bersama dengan surat keluar parti.

Bendera parti Supp di pejabat Serian telah diturunkan dan dibakar oleh ahli-ahli yang marah.

'Tidak dipenting'

Dalam suratnya itu, Richard dikatakan telah memberitahu Chan - salah seorang timbalan ketua menteri Sarawak - bahawa parti itu tidak mementingkan kaum Dayak.

Chan dituduh mengemukakan empat nama dari parti tersebut untuk pertimbangan perdana menteri sedangkan beliau (Chan) sendiri tahu kuota untuk parti itu hanya tiga jawatan - seorang menteri penuh dan dua timbalan menteri.

Empat nama tersebut ialah ahli parlimen Miri, Datuk Peter Chin, Datuk Robert Lau (Sibu), Datuk Yong Khoon Seng (Stampin) dan Richard Riot.

Richard memang kerusi Serian untuk penggal kelima dengan majoriti besar 13,427 undi, mengalahkan calon Snap, Sylvester Belayong Jayang. Parlimen Serian mempunyai 27,901 pemilih berdaftar - 80 peratus daripadanya suku kaum Bidayuh.

Ekoran keputusan Richard itu, Supp kini hanya mempunyai lima ahli parlimen - semua kaum Cina. Parti itu kalah kerusi parlimen (Bandar Kuching) kepada penyandang dari DAP, Chong Chieng Jen.

Richard tidak dapat dihubungi tetapi jurucakapnya memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah pulang ke kampungnya dan tidak akan menemui sebarang pemimpin Supp.

Beliau dijangka menjadi ahli parlimen bebas walaupun terdapat laporan yang mengatakan beliau telah menunjukkan minat untuk menyertai PKR.