Monday, March 10, 2008

Husam akan temui Guan Eng

Husam akan temui Guan Eng PDF Print E-mail
Posted by Erin
Tuesday, 11 March 2008

(GlobalMediaChannel) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri dari pembangkang benar-benar merupakan kerajaan rakyat. "Selain kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak, kunjungan hormat itu juga merupakan tanda sokongan dan solidariti dengan kerajaan Pulau Pinang yang baru," katanya.

Kunjungan Husam itu adalah sebagai tanda permuafakatan yang lebih rapat diantara PAS dan DAP dalam mentadbir negeri-negeri yang kini telah ditawan oleh Barisan Alternatif.

Selain itu, Husam dan Guan Eng juga dijangka akan membincangkan tentang pembentukan Barisan Alternatif (BA) secara rasmi setelah rakyat kini dilihat sudah menaruh keyakinan terhadap BA.

Tindakan ini harus diambil segera supaya mengelakkan salah anggap yang menjadi propaganda BN bahawa pembangkang masih tidak bersatu.

Menurut beliau, langkah ini juga boleh mengelakkan kekeliruan sama ada satu-satu negeri dikuasai PAS, KeADILan atau DAP.

No comments: