Wednesday, March 12, 2008

Tentang Amin Iskandar @ Black

Tentang Amin Iskandar @ Black

p3amin.jpg

Amin Iskandar ditengah-tengah menggunakan vest. Gambar ketika di Sri Lanka bersama penduduk Tamil.
Amin Iskandar ataupun lebih dikenali sebagai Black telah melibatkan diri dalam bidang penulisan semenjak zaman universiti. Seorang penulis bebas yang pernah menyumbang artikel di Malaysiakini, Terbitan Suria Janib, Berita Keadilan, Suara Keadilan dan beberapa penerbitan yang tidak berkala.

Disamping itu, beliau juga merupakan seorang aktivis sosial yang bercita-cita untuk menegakkan demokrasi tulen di Malaysia. Beliau tidak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik kerana mempercayai gerakan rakyat di luar rangkuman parti politik.

Selain daripada itu terlibat juga dalam bidang muzik independen. Menulis dan mencipta lagu tentang kritik sosial, kehidupan dan cinta. Bercadang untuk menerbitkan album pertama yang berkonsepkan “folk” pada tahun ini.

Update: Amin Iskandar sekarang ini merupakan Kolumnis kepada Malaysiakini.com. Sila ikuti tulisannya di Kolum “Borak-borak” yang baru bermula pada 29 Mei 2007 yang lalu.

Sila baca tulisan mengenai Amin Iskandar oleh The Star.

dsc02305.jpg

Sewaktu di Tawi-Tawi, Mindanao, Filipina.

No comments: