Monday, March 17, 2008

Karpal: Bebaskan Manoharan sekarang




Karpal: Bebaskan Manoharan sekarang

Athi Veeranggan | Mar 17, 08 1:41pm, MT

Wakil rakyat Kota Alam Shah, M Mahohan sewajarnya dibebaskan kerana penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan 'hasrat rakyat', kata pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh.

dap karpal singh"Beliau sepatutnya dibebaskan secepat mungkin untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau berhak untuk berkhidmat kepada penduduk Kota Shah Alam," kata Karpal.

Manoharan, seorang peguam, ditahan di bawah ISA Disember lalu bersama empat lagi pemimpin Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan kini menjalani tahanan selama dua tahun di kem tahanan Kamunting di Perak.

Permohonan habeas corpus untuk membebaskan Manoharan dijadual didengar pada 26 Mac, tetapi kata Karpal, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu lama untuk membebaskan anak guamnya itu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, Manoharan menang kerusi DUN di Selangor itu dan menurut Karpal, ia menunjukkan bahawa para pengundi tidak bersetuju beliau ditahan di bawah ISA.

Karpal yang pernah ditahan di bawah ISA berkata, adalah tidak wajar bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus menahan Manoharan.

“Beliau harus diberi peluang untuk mengangkat sumpah dan berkhidmat kepada pengundinya. Malah, kesemua pemimpin Hindraf itu patut dibebaskan kerana mereka ditahan tanpa sebab yang munasabah," katanya.

m manoharan 02Manoharan menang DUN Kota Alam Shah atas tiket DAP. Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

‘Guna budibicara’

Menteri Besar Selangor yang baru Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, majlis angkat sumpah boleh diadakan selepas Manoharan dibebaskan.

Bagaimanapun, Majlis Peguam berpendapat, kerajaan bertanggungjawab untuk membenarkan Manoharan mengangkat sumpah kerana ia merupakan wakil yang dipilih rakyat.

bersih parliament police blockade memo 111207 parliamentSebelum ini, dua tahanan ISA - Chian Heng Kai dan Chan Kok Kit dari DAP - dibenar mengangkat sumpah di kem Kamunting apabila mereka terpilih sebagai ahli parlimen pada pilihanraya umum 1978.

Chian menang kerusi parlimen Batu Gajah di Perak, manakala Chan pula menang di parlimen Sungai Besi di Selangor.

Chian dan Chan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di hadapan speaker Dewan Rakyat ketika itu, Tan Sri Dr Syed Nasir Ismail dan setiausaha Dewan Rakyat turut hadir bersama wakil pihak berkuasa kem Kamunting.

Memandangkan Manoharan ditahan atas sebab-sebab politik, maka kata Karpal, Abdullah harus membebaskannya sebagai tanda menghargai pengundi Kota Shah Alam.

“Beliau mempunyai budibicara dan sewajaqrnya membatalkan perintahan tahanan untuk membebaskan Manoharan,” tambah Karpal.

No comments: