Saturday, March 15, 2008

Abdullah Hj Ahmad masih keliru.

SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin

Thursday, March 13, 2008
Abdullah Hj Ahmad masih keliru.

PUTRAJAYA 12 Mac 2008

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mecetuskan ketegangan kaum.

Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Utusan Malaysia 13hb Mac 2008

Tidaklah diketahui bahawa memperkatakan DEB-Dasar Ekonomi Baru sudah menjadi perkara hasutan dalam Akta Hasutan, bila mana Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng akan tidak melaksanakan DEB dalam pentadbirannya.

Bila masanya DEB akan merujuk soal Melayu atau kepentingan adat istiadat Melayu atau pun Kedaulatan Raja Melayu. DEB hanya sekadar sebuah dasar atau garis panduan BN-Barisan Nasional bagi melaksanakan usaha-usaha supaya tidak berulang lagi apa yang dikatakan Peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca soal ekonomi yang melibatkan semua kaum, baik dia berketurunan Melayu, China atau India dan termasuk etnik dan peribumi Sabah dan Serawak.

Bila bentara guru Abdullah Hj Ahmad yang bernama Musa Hitam dengan berani nya memperkatakan bahawa perlaksanaan WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar tidak melibatkan kepentingan orang Melayu yang bersesuaian dengan DEB, kenapa pula Abdullah Hj Ahmad tidak membuat kenyataan seperti yang dibuat untuknya kepada Lim Guan Eng. Hanya kerana Musa Hitam seorang penyokongnya atau kerana Lim Guan Eng seorang Cina? Apakah Abdullah Hj Ahmad menjerit setiap kali menutup perhimpunan agung UMNO dengan perkataan Hidup Melayu itu tidak perkauman? Apa pandangan seorang bukan Melayu terhadap seorang yang mendakwa seorang Perdana Menteri berbagai kaum.

Semua orang tahu bahawa DEB zaman Abdullah Hj Ahmad ialah merujuk kepentingan perniagaan anaknya Kamalludin Bin Ahmad yang membolot dan merompak di siang hari melalui syarikatnya Scommi. Perniagaan anak menantunya yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar yang menghapuskan nama Bank Bumiputra dan Kalilimullah Meor Hassan yang pernah disahkan oleh SBM-Special Branch Malaysia sebagai seorang agen SIS-Singapore Intelligent Service yang menyapu bersih Avenue Berhad di mana Post Malaysia bernaung di bawahnya dalam konsep penswastaan. Belum termasuk lagi adiknya Ibrahim Hj Ahmad yang mengambil katering Mas dengan harga yang tinggi dan Katering Kementerian Pertahanan tanpa tender.

Ini memberi pengertian Dasar Ekonomi Baru tidak memberi makna kepada orang Melayu khasnya Melayu Pulau Pinang, di mana pernah ditulis kalau hendak kaya cepat pergilah mencari ibu-ibu tunggal walau pun bertaraf nenek di Kepala Batas kerana sudah pasti Abdulah Hj Ahmad akan memberi tender jutaan ringgit seperti yang diberikan kepada Syarif Udang yang kerja hanya mencium tangan Abdullah Hj Ahmad.

Abdullah Hj Ahmad memang diketahui umum banyak urusan negara ini di atur dan diputuskan oleh anak dan menantu. Itu sebab sehingga sekarang Abdullah Hj Ahmad tidak pernah menafikan bahawa surat-surat yang dihantar kepadanya kemungkinan juga surat-surat dalam fail merah yang berpangkah dan tertulis Rahsia Besar dibaca oleh anak dan menantu.

Tetapi yang tidak terelak untuk dinafikan ialah keputusan memberi tender-tender terutama dalam Kementerian Keselamatan Dalam Negeri banyak mengikut telunjuk dari Khairy Jamalludin. Itu sebab pembantu peribadi kepada menantu nya juga mempunyai banyak harta hasil daripada tumbuk rusuk yang dibagi oleh mereka yang berurus dengan boss-nya.

Setelah tidak mahu membaca kesemua kertas-kertas khasnya kertas kebinet maka banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan “Invisible Government” tidak diketahui oleh Saya Perdana Menteri, Abdullah Hj Ahmad. Itu sebab kadang kala hanya untuk mengetahui keputusan untuk melantik seseorang sebagai Pengerusi badan berkanun sahaja yang dicadangkan oleh Menteri yang mana berkenaan memakan masa berbulan lamanya untuk mendapat semula keputusan Abdullah Hj Ahmad.

Satu tabiat Abdullah Hj Ahmad yang tidak diketahui orang ialah jarang datang ke pejabat sama ada di pejabat Perdana Menteri atau di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Dia hanya nampak bekerja bila mana merasmikan atur cara rasminya atau setiap bulan dilihat menghadiri perhimpunan bulanan di Pejabat Perdana Menteri atau di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, selain itu kakitangan di Perdana Putra memang mengakui jarang nampaknya dia berada dalam pejabatnya.

Maka keputusan rakyat menolaknya parti yang bernama UMNO dan Barisan Nasional, adalah satu keputusan yang mulia lagi berani bagi mengelakkan negara ini lagi jahanam kerana ditadbirkan oleh seorang Perdana Menteri yang pemalas, banyak tidur dari jaga. Sudahlah mempunyai sikap yang sedemikian, bodoh tetapi sombong, cerdiknya yang tak boleh di ikut, kebodohan tidak boleh di ajar.

Hari ini UMNO/Barisan Nasional kehilangan kuasa di lima negeri atau ayat penuh enam setengah kerana kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan hanya diperintah majoriti mudah. Dengan keputusan itu pun Abdullah Hj Ahmad masih tidak insaf. Dan sudah pasti baki pemerintahannya sebagai Saya Perdana Menteri dia akan memperalatkan UMNO/Barisan Nasional untuk mencari harta bertimbun-timbun seperti mana dengan sajak Mencari Damai Abadi termasuk hidup berfoya-foya kerana yang dikatakan tidak, itulah yang sebenarnya yang dilakukan.

Sang Kelembai: Rakyat mesti menghalalkan rasuah yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad jika dia meletakan jawatan dalam masa yang terdekat, biarlah dia hidup mewah dengan harta rompakan dari air mata rakyat di Australia dengan rumah, Jet dan kapal mewahnya dan isteri cantiknya. Kalau tidak kita tunggu empat tahun lagi, kita tumbangkan kerajaan BN dan minta diwujudkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih untuk menyiasat penyelewengan yang dilakukan semenjak Oktober 2003 dan mendakwa sehingga dia menamatkan hidupnya dalam penjara.

Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 7:11 PM

5 comments:

Anonymous said...

Memang dia selalu play with racial one, Umno selalu racist. Tak ingat pun pasal makan SUAP yang banyak
8:01 PM
Anonymous said...

Adik Abdullah Badawi, Ibrahim Badawi juga adalah pengerusi syarikat farmaseutikal Hovid Bhd. Dia beli saham dan jadi chairman Hovid setelah 8 bulan Dollah jadi PM. Sebenarnya id adalah proksi kepada Dollah dalam kes ini.

No comments: